Bagaimana Menulis Resume Yang Menarik Bakal Majikan Anda?

Jawatan Kosong di Blog on August 19, 2017
Bagaimana Menulis Resume Yang Menarik Bakal Majikan Anda?

Resume merupakan pengenalan diri kepada bakal majikan anda. Seharusnya ianya perlulah ditulis dengan harapan bahawa dengan bakal majikan membaca Resume anda, mereka terus terpikat dan seterusya menyenaraikan anda untuk dipanggil temuduga. Semasa menulis Resume, anda perlu fikirkan yang anda bersaing dengan beratus atau beribu calon. Jadi anda haru fikirkan isi-isi yang terbaik untuk menggambarkan anda dimana ianya dapat menarik bakal majikan anda, tetapi bukannaya dengan cara menokok tambah benda yang tiada (menipu!)

Jadi apakah ciri-ciri resume yang baik?

Berikut merupakan tips-tips untuk menulis Resume yang baik berdasarkan pengalaman.

 

Tulis Resume berdasarkan keperluan bakal majikan

Penting. Biasanya bila bakal majikan mencari pekerja mereka akan menyenaraikan ciri-ciri dan kelayakan yang mereka kehendaki. Jadi tulis berdasarkan apa yang mereka minta. Tidak mempunyai ciri yang dikehendaki? Serlahkan atau tonjolkan kekuatan anda didalam Resume anda. JANGAN TIPU RESUME ANDA!

 

Tuliskan kelebihan anda sebagai aset bagi bakal majikan anda

Bermakna Resume anda “stand out”. Dalam banyak-banyak resume yang dibaca oleh bakal majikan, Resume anda paling menyerlah disebabkan cara penulisan anda menyerlahkan kekuatan anda sebagai aset kepada bakal majikan anda. Jadi, senaraikan semua kejayaan anda biar bakal majikan anda teruja!

Make Your Resume Standout Resume Baker Custom Resume Design with How To Make Your Resume Stand Out – Best Resume Sample

Tuliskan Resume anda dengan terang dan jelas

Bakal majikan anda menerima ratusan Resume, jadi tulis dengan jelas dan terang. Gunakan “format” yang terbaik dan “Font” yang sesuai. Guna tajuk yang jelas dan tersusun. Disini anda kena faham psikiologi bakal majikan. Susunan dalam Resume juga memainkan peranan yang penting. Nombor telefon atau email perlu diisi dengan terang dan jelas supaya bakal majikan dapat hubungi anda jika dipanggil. Kreativiti sangat penting dalam merangka Resume anda.

Resume perlulah ringkas dan padat

Jangan tulis semua perkara yang anda nak tulis dalam Resume. Cukup sekadar apa yang bakal majikan tahu. Selebihnya, anda perlu gunakan semasa sesi temuduga. Biar Resume anda menjadi tanda tanya yang boleh membuatkan bakal majikan anda teruja untuk menjalankan sesi temuduga dengan anda. “Excited”!

Mungkin ada banyak lagi ciri-ciri yang perlu ada dalam Resume. Jadi, apa tugas anda? Semak Resume anda dan pastikan Resume mempunyai ciri-ciri diatas. Ingat jangan menipu dalam Resume.

Tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

Print This Post

Kongsikan Kerja Kosong Baru Ini Kepada Rakan2 Anda !